Waktu Solat

Wednesday 27 April 2011

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:


  • KATERING UNTUK SEMUA MAJLIS KERAMAIAN, KURSUS & SEMINAR;


  • PERUNDING MAJLIS PERKAHWINAN, ANDAMAN, FOTOGRAFI, KHEMAH & KANOPI, DJ, KUGIRAN, GHAZAL, ZAPIN, KUDA KEPANG, BARONGAN, KOMPANG, PENCAK SILAT & BADUT;


  • PEMBUAT & PENGEDAR ROTI CANAI SEGERA, MURTABAK & KUIH MUIH DINGINBEKU;


  • PEMBUAT & PENGEDAR REMPAH BERIANI & REMPAH MEE BANDUNG MUAR; DAN


  • MENERIMA TEMPAHAN MEMBUAT CENDERAHATI SEPERTI TELUR REBUS, TELUR MASIN, TELUR PINDANG, BUNGA TELUR, KEREPEK & LAIN-LAIN SEBAGAI HADIAH KEPADA PARA TETAMU MAJLIS.



LATAR BELAKANG PENGASAS PLPJ CATERING:

Chef Hj. Hassan ("Raja Beriani Muar") dilahirkan di Johor Bahru & dibesarkan di Muar, Johor. Mempunyai Diploma Kulinari & berpengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan & minuman (F&B) melebihi 32 tahun. Mahir dalam penyediaan masakan Melayu & berkebolehan menyediakan masakan Cina, Thai & Barat.


Pakar dalam menyediakan NASI BERIANI GAM. Mula mendapat ilmu masakan ini semasa beliau berumur 14 tahun & berguru di bawah tunjuk ajar 8 orang tukang masak Beriani popular di daerah Muar, antaranya, ayah beliau sendiri iaitu HJ. MUSA, ALLAHYARHAM PAK ADAM, PAK BOYAK, ALLAHYARHAM HJ. SENAN, ALLAHYARHAMAH HJH. MAIMUNAH, ALLAHYARHAMAH HJH. FATIMAH, HJ. SULAIMAN & ALLAHYARHAM PAK HUSSEIN. Jasa guru & tunjuk ajar mereka yang membawa beliau meneruskan kerjaya sebagai seorang Chef di bidang perhotelan & katering sejak berumur 18 tahun.


Antara hotel yang pernah mendapat khidmat beliau ialah HILTON KL, FEDERAL KL, RAMADA RENAISSANCE MELAKA, LANDMARK Batu Pahat, Katerina Batu Pahat, GARDEN CAFE Muar, ZINGLER Muar, SAJI BUMI CATERING, INTI CATERING, REMPAH RATUS CATERING, RIVERSIDE CATERING & GUNUNG LEDANG RESORT. Beliau bermula dari bawah dan telah dilantik sebagai Head Chef pada 1996 sehingga 2008.


Pada tahun 2009, beliau telah ditugaskan sebagai Penyelaras Hidangan di Mekah, Arab Saudi oleh Muhammadiyyah Travel & Tours yang mempunyai rangkaian hotel & katering di Mekah & Madinah. Beliau menamatkan perkhidmatan pada 2010 untuk menubuhkan PLPJ Catering.


Beliau juga adalah Ketua Juri Tetap di dalam Pertandingan Masakan & Gubahan untuk subjek MPV di KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA dari tahun 2009 hingga kini.